ROSSMAX HEALTHSTYLE APP (FAQs)

EN: Bluetooth can be used to transfer data wirelessly between Rossmax devices and user’s personal mobile devices.

BM: Bluetooth boleh digunakan untuk memindahkan data tanpa wayar antara peranti Rossmax ke telefon mudah alih anda.

EN: Yes, it is safe because our Bluetooth devices are registered under Medical Device Authority (MDA) and Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

BM: Ya, ia selamat digunakan kerana peranti Bluetooth kami didaftarkan di bawah Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia/Medical Device Authority (MDA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia/Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

EN: Bluetooth is designed to exchange data at a close range at 10m (Maximum).

BM: Bluetooth direka untuk menghantar data pada jarak dekat iaitu 10m (Maksimum).

EN: User can download free Rossmax Healthsyle App in Play Store (Android) or App Store (iOS).

BM: Pengguna boleh memuat turun aplikasi “Rossmax Healthstyle” secara percuma di Play Store (Android) atau App Store (iOS).

EN: It is recommended to set up your permanent account using a contact number or email address. Alternatively, user can also log in as a guest or using Google or Facebook account.

BM: Pengguna disyorkan untuk membuka akaun tetap menggunakan nombor telefon atau alamat emel. Selain itu, boleh juga log masuk sebagai guest (tetamu) atau menggunakan akaun Google atau Facebook.

EN: If users sign in as a guest, he/she will not have the privilege to use “Caring Friends” to share their readings to 3rd parties. For example, you cannot share your result to your doctor and friends. We recommend that you create your own permanent account.

BM: Sekiranya pengguna log masuk sebagai “guest”, pengguna tidak dapat menggunakan kelebihan “Caring Friends” untuk berkongsi bacaan kepada pihak ketiga. Sebagai contoh, pengguna tidak dapat berkongsi rekod bacaan dengan doktor dan rakan-rakan. Rossmax mengesyorkan pengguna untuk membuka akaun tetap.

EN: No, all Rossmax bluetooth devices can only sync or connect with the Rossmax Healthstyle App.

BM: Tidak. Semua peranti berteknologi Bluetooth Rossmax hanya boleh diselaras dan dipadankan dengan aplikasi Rossmax Healthstyle.

EN: All information you provide to Rossmax is stored on secure servers. Any data transfer will be encrypted using Secured Sockets Layer technology (SSL). Your own password enables you to access the Service and you are responsible for keeping this password confidential. It is not recommended to share your password to anyone.

BM: Segala informasi diberikan oleh pengguna akan disimpan oleh pihak Rossmax di tempat yang selamat. Segala pemindahan data disulit menggunakan Teknologi Lapisan Soket Selamat/ Secured Sockets Layer Technology (SSL). Kata laluan yang anda gunakan akan memberi akses kepada servis aplikasi ini dan anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan anda. Pengguna tidak disyorkan untuk berkongsi kata laluan dengan orang lain.

EN: Users can go through the terms and privacy agreement before they agree to use the Rossmax Healthstyle App. We cannot guarantee the security of your data transmitted to the Service; any transmission is at your own risk.

BM: Pengguna boleh membaca terma dan syarat privasi yang dipersetujui sebelum bersetuju untuk menggunakan aplikasi ini. Pihak Rossmax tidak dapat memberi jaminan terhadap keselamatan transmisi data pengguna. Segala pemindahan data adalah diatas risiko pengguna.

EN: During registration procedure, only one account per person is created. Hence, the other user should download the Rossmax Healthstyle App using his/her own phone. One app can only accommodate 1 user.

BM: Ketika proses pendaftaran, hanya satu akaun boleh dibuka untuk satu pengguna. Oleh itu, pengguna lain perlu memuat turun aplikasi Rossmax Healthstyle mengunakan telefon pintar tersendiri. Satu aplikasi hanya boleh menyimpan data untuk 1 pengguna sahaja.

EN: Unlimited users/accounts can bind to the same Rossmax Bluetooth device as long as the users download the Rossmax Healthstyle App on their own mobile phones

BM: Tiada had pengguna/akaun boleh dipadankan ke peranti berteknologi Bluetooth Rossmax yang sama asalkan pengguna telah memuat turun aplikasi Rossmax Healthstyle dalam telefon pintar masing-masing.

EN: Customers can pair as many Rossmax Bluetooth devices as they wish. For instance, customers can pair with 20 X5BT Blood Pressure Monitor using the same app but cannot use at the same time.

BM: Pengguna boleh memadankan ke sebanyak mungkin peranti berteknologi Bluetooth yang diingini. Sebagai contoh, pengguna boleh memadankan 20 unit pemantau tekanan darah X5BT menggunakan aplikasi yang sama tetapi ia tidak boleh digunakan secara serentak.

EN: You only have to bind the device once. Once that particular device is connected, consumers do not have to bind the device to the app again.

BM: Pengguna hanya perlu memadankan peranti ke aplikasi Rossmax Healthstyle sekali sahaja. Setelah peranti tersebut berjaya dipadankan, pengguna tidak perlu memadankan kembali ke peranti yang sama ke aplikasi.

EN: The app can record as much reading as it depends on the phone storage.

BM: Aplikasi Rossmax Healthstyle mampu menyimpan sebanyak mungkin bacaan bergantung kepada data simpanan dalam telefon pintar pengguna.

EN: User is recommended to open the app and Bluetooth at the same time to keep their result (Make sure device is bind to app first). For blood pressure monitor and thermometer, user can also sync readings after measuring by clicking “Sync Now” by choosing the particular device at “My Devices”. For blood pressure monitor, user can first choose “User 1/User 2/All” before sync the results into the app. (Note: Result that has been deleted in the app can not be sync back to the same app)

BM: Pengguna disarankan untuk membuka aplikasi Rossmax Healthstyle semasa mengukur agar bacaan dapat disimpan secara terus (Pastikan peranti telah dipadankan dengan aplikasi terlebih dahulu). Untuk pemantau tekanan darah dan thermometer, pengguna juga boleh selaraskan bacaan selepas mengukur dengan menekan butang Sync Now di tetapan peranti (My Devices) yang telah dipadankan. Bagi pemantau tekanan darah, pengguna boleh memilih Zon Memori (User 1/User 2/All) sebelum diselaraskan bacaan ke Aplikasi. (Catatan: Bacaan yang telah dipadam di Aplikasi tidak boleh diselaraskan semula ke aplikasi pengguna yang sama).

EN: Any colour changes observed indicate abnormal reading (High/Low) and you may consult your doctor for the interpretation of results.

BM: Sekiranya terdapat perubahan warna, ia bermaksud bacaan pengguna adalah tidak normal (Tinggi/Rendah). Pengguna boleh mendapatkan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan tafsiran bacaan yang selanjutnya.

EN: Users can make changes at Settings and select the health parameter you wish to alter. (Example, change Celsius to Fahrenheit). However, it is not recommended for user to edit the unit of measurement unless he/ she is being told so by a healthcare professional. Rossmax Healthstyle App has pre-set recommended threshold value as default.

BM: Pengguna boleh menukar unit bacaan atau nilai ambang di bahagian Setting (Tetapan) dan pilih parameter yang ingin diubah. (Contoh, menukar Celcius ke Fahrenheit). Walau bagaimanapun, pengguna tidak disyorkan untuk mengubah unit pengukuran melainkan diminta atau disyorkan oleh doktor kerana aplikasi Rossmax Healthstyle telah menetapkan unit pengukuran mengikut standard.

EN: Can, users can go to the health data page, select by pressing on the unwanted data then swipe left and delete option will appears. If users want to delete all results, he/she can do so by going to their profile and click “clear all data”

BM: Boleh. Pengguna boleh ke bahagian data kesihatan dan pilih bacaan yang ingin dipadam. Leret ke bahagian kiri dan pilihan untuk memadam bacaan akan muncul. Sekiranya pengguna ingin memadam kesemua rekod data kesihatan, pengguna boleh ke bahagian Profile (Profil) dan pilih Clear All Data (memadam kesemua data).

EN: Go to setting section in “Caring Friends” section and click on the add friend icon on the top right corner of the phone. User will need to either scan QR code or Search ID by key in ID number of the user friend (QR code and ID number can be found in the profile section).

BM: Sila ke bahagian tetapan di “Caring Friends” dan pilih ikon tambah rakan di bahagian kanan belah atas telefon anda. Pengguna perlu Scan QR Code (mengimbas kod QR) atau Search ID (memasukkan nombor ID) rakan anda (kod QR dan nombor ID boleh didapati di bahagian Profile (Profil)).

EN: Users need to go to setting section in “Caring Friends” and check on friend request. Once you accept the request, then only your friend can view your reading. If you also want to view your friend’s reading, you need to request to become friend, then only both parties can view each other readings.

BM: Pengguna perlu ke bahagian tetapan di “Caring Friends” dan semak senarai permintaan untuk menjadi rakan. Setelah pengguna Accept (menerima) permintaan tersebut, barulah rakan pengguna dapat melihat rekod bacaan pengguna. Sekiranya pengguna ingin melihat rekod bacaan rakan pengguna, pengguna juga perlu untuk membuat permintaan untuk menjadi rakan. Setelah diterima, barulah kedua-dua pihak dapat melihat rekod bacaan masing-masing.

EN: Your friend can share screenshot of his/her QR code by Whatsapp and you need to add friend by clicking “load from photo library” in your phone and select the QR Code screenshot. Alternatively, your friend can share Rossmax account ID number and you need to key in at the ID search bar (Search ID).

BM: Rakan anda boleh berkongsi gambar tangkapan skrin kod QR melalui Whatsapp dan anda hanya perlu menambahnya sebagai rakan dengan cara Load from photo library (memuat gambar dari galeri) tangkapan skrin kod QR yang diberi. Selain itu, anda juga boleh meminta nombor ID rakan anda dan masukkannya di bahagian Search ID (carian ID).

EN: User can choose to either stop following or stop sharing readings to friend. Go to “Caring Friends” setting page and choose to either unfollow or stop sharing their results.

BM: Pengguna boleh memilih untuk berhenti mengikut ataupun berhenti berkongsi bacaan dengan rakan. Sila ke bahagian tetapan di “Caring Friends” dan pilih untuk Unfollow (berhenti mengikuti bacaan rakan) atau Stop (berhenti berkongsi bacaan).

EN: At the moment, data from Rossmax Healthstyle App cannot be transferred to PC. Customers can only view the result via app.

BM: Buat masa sekarang, data dari aplikasi Rossmax Healthstyle tidak boleh dipindahkan ke dalam computer. Pengguna hanya boleh melihat rekod bacaan melalui aplikasi sahaja.

EN: Changing device will not affect the data stored under account. As long as end user log in to the same Rossmax account, all the records from the account will remain unchanged.

BM: Penukaran telefon pintar/ tablet/ ipad yang baru tidak akan memberi kesan terhadap data yang disimpan didalam akaun pengguna. Selagi pengguna log masuk melalui akaun Rossmax yang sama, semua rekod bacaan daripada akaun itu akan kekal

EN:

  • There are unlimited memories in the apps compared to the limited memories in the device.
  • Users can track your reading easily and friends can remind you to take medicine and give advice. (Example, Doctor, Pharmacist, spouse or friends).
  • The memory in the apps is much more detail with average, highest average and lowest average. You can also track your readings by month, week, day or even hour either in list or graph form.
  • You can make remarks on every reading before you save them (Example, after exercise, after bathing, after drinking)

BM:

  • Memori tanpa had didalam aplikasi berbanding jumlah memori yang terhad didalam peranti perubatan.
  • Pengguna dan rakan-rakan pengguna dapat melihat bacaan masing-masing dengan mudah. Rakan anda juga boleh memberi peringatan kepada anda untuk mengambil ubat dan memberikan nasihat. (Contoh: Doktor, ahli farmasi, pasangan atau rakan).
  • Memori dalam aplikasi adalah lebih terperinci dengan adanya kiraan purata, purata tertinggi dan purata terendah. Anda juga boleh melihat rekod bacaan mengikut bulan, minggu, hari atau jam sama ada dalam bentuk senarai ataupun dalam bentuk graf.
  • Anda boleh membuat catatan pada setiap bacaan anda sebelum menyimpan data (Contoh: Selepas bersenam, selepas mandi, selepas minum/ pengambilan alcohol).

EN: Healthstyle Apps can be used as one stop app for 5 different Bluetooth devices which include Blood pressure monitor (X5BT), Thermometer (HC700BT), Blood glucose meter (HS200BT), Body fat monitor (WF262) and Pulse oximeter (SB210). If you do not have Rossmax Bluetooth device, you can also key in result manually by clicking pencil icon at the desired health parameter.

BM: Aplikasi Rossmax Healthstyle boleh digunakan untuk 5 jenis peranti yang dilengkapi dengan teknologi Bluetooth iaitu pemantau tekanan darah (X5BT), termometer (HC700BT), meter glukosa darah (HS200BT), skala berat badan (WF262) dan oximeter nadi (SB210). Jika anda tidak ada peranti Rossmax yang dilengkapi dengan teknologi Bluetooth, anda boleh memasukan bacaan secara manual dengan menekan icon pensil di parameter kesihatan yang diingini.

Language »