THERMOMETERS FAQs

EN: Fever is one of the body’s defense mechanisms. It is a symptom in response to evasion of bacteria and viruses. Higher body temperature that increases the metabolism, promotes body’s defense mechanisms and prevent the increase of evasion of pathogenic agents.

BM:

Demam adalah salah satu mekanisme pertahanan badan. Ini adalah gejala pada tindak balas terhadap penyingkiran bakteria dan virus. Suhu badan yang lebih tinggi yang meningkatkan metabolisme, meningkatkan mekanisme pertahanan badan dan mencegah peningkatan penyingkiran agen patogen.

http://www.myhealth.gov.my/en/fever/

http://www.rossmax.com/en/health-information.html

EN: It is a medical importance to measure body temperature. The reason is that several diseases are accompanied by characteristic changes in body temperature. Likewise, the course of certain diseases can be monitored by measuring body temperature, and the efficiency of a treatment initiated can be evaluated by the physician.

BM: Dalam perubatan, adalah penting untuk mengukur suhu badan. Ia kerana beberapa penyakit disertai dengan perubahan suhu badan. Begitu juga, perkembangan penyakit tertentu dapat dipantau dengan mengukur suhu badan, dan kecekapan rawatan awal dapat dinilai oleh doktor.

http://www.rossmax.com/en/health-information.html

EN: A healthy person’s body temperature fluctuates between 36.5°C and 37.5°C, with the average being 37°C. A person with body temperature above 37.5°C is fever.

BM: Suhu badan seseorang yang sihat adalah antara 36.5°C dan 37.5°C dengan purata 37°C. Suhu badan melebihi 37.5°C indikasi seseorang itu demam.

http://www.myhealth.gov.my/en/fever/

EN: Human body temperature varies for each individual due to age, metabolism rate and sites of taking body temperature measurements. Human body temperature also varies at different times of day. Body temperature is normally the lowest in the morning, the highest in the afternoon and somewhat lower in the night.

BM: Usia, kadar metabolisme dan lokasi pengukuran suhu badan adalah faktor-faktor yang akan menyebabkan suhu tubuh manusia berbeza bagi setiap individu. Suhu badan manusia juga berbeza pada waktu yang berlainan dalam sehari. Suhu badan biasanya paling rendah pada waktu pagi, paling tinggi pada waktu petang dan rendah pada waktu malam.

https://www.webmd.com/first-aid/normal-body-temperature#1

EN: There are 5 different sites to take body temperature using Rossmax thermometers which are the rectum, ear, oral (mouth), forehead/temple and armpit.  

BM: Terdapat 5 lokasi yang berbeza untuk mengambil suhu badan dengan menggunakan termometer Rossmax. Lokasi tersebut ialah rektum, telinga, oral (mulut), dahi/pelipis and ketiak.

http://www.rossmax.com/en/health-information.html

EN: Each type of thermometers measures at different parts of the body and each parts of the body temperature varies for a person. Rectal measurement produces the highest body temperature followed by ear, oral, armpit and forehead/temple. However, rectal measurement should only be performed by professionals.

BM: Setiap jenis termometer mengukur pada bahagian tubuh yang berbeza dan suhu badan setiap bahagian berbeza bagi seseorang. Pengukuran rektal menghasilkan suhu badan yang paling tinggi diikuti oleh telinga, mulut, ketiak dan dahi / pelipis. Walau bagaimanapun, pengukuran rektum hanya boleh dilakukan oleh pakar.

https://www.uofmhealth.org/health-library/hw198785#hw198839 

EN: Only Rossmax Non-Contact Thermometer can be used to measure object temperature (0°C – 100°C). You may need to change the thermometer mode before measuring object temperature. Please refer to specific model’s instruction manual for more information.

BM: Hanya Termometer Dahi Tanpa Sentuh Rossmax dapat digunakan untuk mengukur suhu objek (0°C – 100°C). Anda perlu menukar mod termometer sebelum mengukur suhu objek. Sila rujuk manual arahan untuk maklumat lanjut.

EN: Yes, all models of Rossmax Thermometer do include auditory fever alarm.

BM: Ya, semua model Termometer Rossmax mempunyai penggera demam boleh didengar.

EN: Yes, all models of Rossmax Thermometers can be auto shut off. However, it is recommended to manually shut off the thermometer to save battery usage.

BM: Ya, semua model Termometer Rossmax boleh padam secara automatik. Namun, disarankan untuk mematikan termometer secara manual untuk menjimatkan penggunaan bateri.

EN: Yes, all models of Rossmax Thermometers have low battery indicator.

BM: Ya, semua model Termometer Rossmax mempunyai penunjuk bateri rendah.

EN: Yes, all models of Rossmax Themometer have switchable temperature unit function. Please refer to specific model’s instruction manual for more information on how to switch the temperature unit between degree Celsius (°C) and Fahrenheit (°F).

BM: Ya, semua model Rossmax Termometer mempunyai fungsi unit suhu yang boleh ditukar. Sila rujuk manual arahan model tertentu untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai cara menukar unit suhu antara darjah Celsius (° C) dan Fahrenheit (° F).

EN: No, only non-contact thermometer and ear thermometer have up to 9 memories capacity. Nevertheless, pencil thermometer has last call memory capacity.

BM: Tidak, hanya termometer dahi tanpa sentuh dan termometer telinga mempunyai kapasiti memori sehingga 9 memori. Walaupun begitu, termometer pensil mempunyai kapasiti memori terakhir.

EN: Please position the thermometer sensors at least 5 cm away for Home use model and 10cm away for Professional models from the forehead/temple. Make sure measure the temperature at a closed environment without interference of wind/ air conditioner and exposure to direct sunlight.

BM: Letakkan sensor termometer sejauh 5cm untuk model kegunaan dirumah dan jarak 10cm untuk model professional dari dahi / pelipis. Pastikan mengukur suhu di persekitaran tertutup tanpa gangguan penghawa dingin / angin dan terdedah kepada cahaya matahari langsung.

EN: For hygiene and safety regulation purposes, a single probe cover is for 1 time usage only for different individual and can use up to 30 times (make sure it is clean & not tear) for the same individual (Note: Make sure to clean the probe cover with alcohol after every use and wait for 30mins before reuse).

BM: Untuk tujuan kebersihan dan keselamatan, setiap pelindung muncung hanya boleh digunakan 1 kali untuk individu yang berbeza dan boleh digunakan hingga 30 kali (pastikan ia bersih & tidak koyak) untuk individu yang sama (Catatan: Pastikan membersihkan pelindung muncung dengan alkohol selepas setiap penggunaan dan tunggu 30min sebelum gunakannya semula).

EN: Rossmax probe cover for ear thermometer must be changed and cannot be reused for different individuals. This is to avoid any possibilities of spreading infection from person to person.

BM: Pelindung muncung Rossmax untuk termometer telinga mesti diganti dan tidak boleh digunakan semula untuk individu lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan kemungkinan menyebarkan jangkitan dari satu individu ke individu yang lain.

EN: Both modes (normal 1s measurement and 3s continuous scanning mode) can be used based on your preference. However, customers are encouraged to use 3s continuous scanning mode to get better result.

BM: Kedua-dua mod (pengukuran 1 saat normal dan Mod putaran 3 saat) dapat digunakan berdasarkan pilihan anda. Namun, pelanggan digalakkan menggunakan mod putaran 3 saat untuk mendapatkan bacaan suhu yang lebih baik.

EN: Continuous scanning mode is the special and additional feature of Rossmax Ear Thermometer. Continuous scanning mode is performed by straightening up our ear followed by gently insert and rotate the probe inside the ear canal in a circular manner along with pressing and holding the start button for 3 seconds. This continuous scanning ear mode helps to view the entire ear canal and detects the highest temperature.

BM: Mod putaran 3 saat adalah ciri khas dan ciri tambahan bagi Termometer Telinga Rossmax. Mod putaran 3 saat dilakukan dengan menarik telinga keatas diikuti dengan memasukkan dan memutar muncung termometer di dalam saluran telinga dengan lembut sambil menekan dan menahan butang mula selama 3 saat. Mod putaran 3 saat ini membantu mengimbas keseluruhan saluran telinga dan mengesan suhu tertinggi.

EN: TG380 pencil thermometer has flexible and waterproof tip whereas TG100 pencil thermometer does not have. Time taken for getting temperature readings at 3 different sites of body also different for TG380 and TG100 pencil thermometers.

BM: Termometer pensil TG380 mempunyai hujung yang fleksibel dan kalis air sedangkan termometer pensil TG100 tidak mempunyainya. Masa yang diambil untuk mendapatkan bacaan suhu di 3 lokasi badan juga berbeza untuk termometer pensil TG380 dan TG100.

EN: Two models of Rossmax Pencil Thermometer have different time taken of measurement at the 3 different sites of body. For TG380 model, time taken of measurement for rectum is 10 seconds, for oral is 20 seconds and for axillary is 30 seconds. While for TG100 model, time taken of measurement for rectum and oral are 60 seconds and for axillary is 1-5 minutes.

BM: Dua model Termometer Pensil Rossmax mempunyai masa pengukuran yang berlainan pada 3 lokasi badan yang berbeza. Untuk model TG380, masa pengukuran untuk rektum adalah 10 saat, untuk oral adalah 20 saat dan untuk ketiak adalah 30 saat. Sementara untuk model TG100, pengukuran masa untuk rektum dan oral adalah 60 saat dan untuk ketiak adalah 1-5 minit.

EN:

  • Rossmax Non-Contact Thermometer:
  • Always measure at the same side of temple (Eg. Left side of forehead) for each measurement to obtain consistent results.
  • Ensure the temple area is free from head covers such as hats and headbands and avoid wearing excessive clothing that may increase body temperature during measurement.
  • Rossmax Ear Thermometer:
  • Ensure ear is clean and free from earwax before each measurement.
  • Ensure probe cover is free of breakage or stain and is fully secured on the probe before each measurement.
  • Rossmax Pencil Thermometer:
  • If taking axillary readings, ensure close contact between the probe and the armpit especially for the baby or children.
  • Use two pencil thermometers if taking both oral and rectal temperature readings for hygiene purpose.

* Please also read thoroughly the instruction manual to know more about the precautions of using Rossmax Thermometers.

BM:

  • Termometer Dahi Tanpa Sentuh Rossmax:
  • Sentiasa ukur pada bahagian pelipis dahi yang sama (Cth. Pelipis Dahi sebelah kiri) bagi setiap ukuran untuk mendapatkan bacaan yang konsisten.
  • Pastikan kawasan pelipis dahi bebas dari penutup kepala seperti topi dan pengikat kepala dan elakkan memakai pakaian berlebihan yang boleh meningkatkan suhu badan semasa pengukuran.
  • Termometer Telinga Rossmax:
  • Pastikan telinga bersih dari taik telinga sebelum setiap pengukuran.
  • Pastikan pelindung muncung tiada kerosakan atau kotoran dan pasangkan sepenuhnya pada muncung termometer sebelum setiap pengukuran.
  • Termometer Pensil Rossmax:
  • Jika mengukur di ketiak, pastikan muncung termometer menyentuh rapat ke ketiak terutama bagi bayi atau kanak-kanak.
  • Gunakan dua termometer pensil yang berlainan jika mengambil bacaan suhu oral dan rektum untuk tujuan kebersihan.

* Sila baca manual arahan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah berjaga-jaga semasa menggunakan Termometer Rossmax.

EN: Please use cotton swab with 70% alcohol to clean the probe (if any) and inside of the probe, including lens and metal parts. This ensures correct reading is obtained and avoid cross contamination. After cleaning procedure, allow the probe to fully dry for at least 5 minutes. Do not let all thermometers contact with any chemical thinner or soak in water. Please refer to specific model’s instruction manual for more information.

BM: Sila gunakan kapas dengan alkohol 70% untuk membersihkan pelindung muncung (jika ada), bahagian dalaman muncung, termasuk bahagian lens dan logam. Biarkan muncung kering sepenuhnya sekurang-kurangnya 5 minit. Jangan biarkan termometer bersentuhan dengan bahan pengencer kimia atau merendam di dalam air. Sila rujuk manual arahan untuk maklumat lanjut

EN: For all models of Rossmax Thermometer, please store them at room temperature with room humidity lower than 95%. Keep the thermometers dry and away from any liquid, direct sunlight and strong electromagnetic interferences such as microwave ovens and cell phones. Please remove battery from thermometers when not in operation for a long time. Do not charge the battery or placed into extreme heat as it may explode.

BM: Untuk semua model Termometer Rossmax, sila simpan pada suhu bilik dengan kelembapan bilik lebih rendah dari 95%. Pastikan termometer kering dan jauhkannya dari cecair, cahaya matahari langsung dan gangguan elektromagnetik yang kuat seperti ketuhar gelombang mikro dan telefon bimbit. Keluarkan bateri dari termometer apabila tidak digunakan untuk jangka masa lama. Jangan mengecas bateri atau letakkan di panas yang melampau kerana ia boleh meletup.

EN: Please check the device and see is it damaged. If you can’t make sure of it, please send the complete device to the nearest retailer for checking and re-calibration

BM: Sila periksa peranti dan lihat adakah ia rosak. Sekiranya anda tidak dapat memastikannya, hantarkan peranti lengkap ke wakil juaalan untuk pemeriksaan dan penentukuran semula.

EN: A portable and convenient device known as Rossmax ThermoCal is used to check for the accuracy of a thermometer. Rossmax ThermoCal can be used on all three types of Rossmax thermometer products – pencil, ear and non-contact thermometer. Accuracy check is performed by comparing the reading given by the thermometer to the calibration temperature. The acceptable allowance for non-contact thermometer is ±0.3°C, for ear thermometer is ±0.2°C and for pencil thermometer is ± 0.1°C.

BM: Peranti mudah alih dikenali sebagai Rossmax ThermoCal akan digunakan untuk memeriksa ketepatan termometer. Rossmax ThermoCal dapat digunakan pada ketiga-tiga jenis produk termometer Rossmax – termometer pensil, termometer telinga dan termometer dahi tanpa sentuh. Pemeriksaan ketepatan dilakukan dengan membandingkan bacaan yang termometer dengan suhu penentukuran diberikan oleh Rossmax ThermoCal. Perbezaan bacaan yang boleh diterima untuk termometer tanpa sentuhan adalah ±0.3°C, untuk termometer telinga adalah ± 0.2 ° C dan untuk termometer pensil adalah ± 0.1 ° C.

EN: Customer can send Rossmax Thermometers for checking whenever they feel the measurement is no longer accurate. Accuracy check for Home Use Rossmax Thermometers is free of charge during warranty period and if it is over the warranty period, a RM25 courier fees will be imposed.

BM: Pelanggan boleh menghantar Termometer Rossmax untuk diperiksa apabila mereka merasa pengukurannya tidak lagi tepat. Pemeriksaan ketepatan untuk Termometer Kegunaan Rumah Rossmax adalah percuma semasa tempoh jaminan dan jika melebihi tempoh jaminan, bayaran kurier RM25 akan dikenakan.

Language »